SOALAN YANG SERING DITANYA
1. Setelah pembayaran RM79 sebagai ahli dilakukan, bagaimana ia diproses?
Setelah pengesahan pembayaran diterima, admin RevellNetwork akan menguruskan
pendaftaran keahlian baru dan juga akan mengaktifkan web peribadi RevellNetwork
anda. Starter kit, katalog produk dan no ahli Revell anda akan dihantar melalui perkhidmatan poslaju . Ia mengambil kira-kira
1 - 3 hari untuk sampai.
Setelah menerima no. ahli Revell, anda boleh membeli
di stokis Revell
berdekatan dengan
kawasan anda atau membeli secara online melalui RevellNetwork.
2. Apakah perlu saya lakukan selepas menjadi ahli Revell?
i) Jadilah user Revell 100% setiap bulan dan dapatkan bonus setiap bulan. (tukar
jenama tanpa perlu bajet tambahan)
ii) Kongsikan peluang pendapatan Revell ini dengan orang lain melalui cara
promosi secara online @ offline. Ajak mereka juga menyertai sebagai pengguna
bijak dan membeli produk-produk Revell. (jika mahu pendapatan tambahan dan
berterusan)
Anda kini adalah usahawan Revell melalui grop RevellNetwork. Sebagaimana
perniagaan yang lain, anda juga perlu mempromosi
dan memasarkan perniagaan anda kepada orang ramai (jika anda inginkan pendapatan
tambahan & berterusan). RevellNetwork memudahkan kaedah pemasaran anda dengan
menyediakan website promosi kepada anda secara percuma.
Tugas anda kini hanya semudah menyebarkan link anda kepada kenalan anda dengan
cara email, sms, telefon dll. Mereka ini merupakan prospek anda. Selepas prospek
anda melakukan pra daftar percuma, maklumat peribadi prospek akan dihantar ke
email anda.
Sistem RevellNetwork akan melakukan auto follow up email kepada prospek anda.
Anda juga digalakkan melakukan follow up.
3. Apa faedah menjadi ahli?
~
Dapat beli produk Revell pada harga diskaun sehingga 25%
~ Dapat menambah pendapatan sampingan
~ Dapat majalah update setiap bulan (jika belanja 50pv setiap bulan)
~ Khairat kematian, Anugerah Pendidikan
~ Program Kereta Percuma & Program Pelancongan Dalam/Luar Negara
4. Apa itu PV (Point Value)?
PV adalah satu nilai di mana bonus anda akan dikira. Semakin banyak PV yang anda
kumpulkan, maka semakin banyaklah jumlah bonus yang akan anda perolehi.
RM1 = 1PV (50% produk Revell)
RM1 = 0.7PV (40% produk Revell)
RM1 = 0.5PV (5% produk Revell)
RM1 = 1.1PV (5% produk Revell)
Ini bermaksud setiap produk Revell yang anda beli, memberi pulangan nilai semula
kepada anda untuk layak mendapat bonus dan menjana pendapatan berterusan.
5. Kena cari orang ke? Saya tidak pandai cari orang.
Anda sedang mencari suatu perniagaan untuk menambah pendapatan bukan? Semua
perniagaan di dalam
dunia memerlukan anda mencari pelanggan. Cara nak mencari pelanggan sudah tentu
dengan mempromosi & melakukan pemasaran. Istimewanya dengan perniagaan e-dagang,
anda tidak perlu jumpa orang untuk mendapatkan pelanggan. Segalanya telah
disediakan. Apa yang perlu, hanya untuk anda menyebarkan referal link kepada
sesiapa sahaja agar mereka menyertai anda. Anda mencari rakan niaga yang
berkongsi matlamat yang sama,
iaitu untuk menambah pendapatan.
Dengan menggunakan website RevellNetwork, prospek yang bakal anda dapat
datangnya dari seluruh malaysia.
Anda juga akan diberi bimbingan secara online dan offline. Anda juga akan
dibantu dalam pembinaan rangkaian penguna bijak Revell.
(jika anda komited). Dari semasa ke semasa, saya akan membuat analisa rangkaian.
Sesiapa rakan kongsi yang menunjukkan komitmen seperti berikut, akan dibantu
dengan pemberian downline baru dalam rangkaian anda :-
i) Melakukan belian setiap bulan secara konsisten. Sebenarnya tugas ini tidak
sukar. Sebab kalau anda tak beli di Revell pun, anda tetap membeli di
kedai/pasaraya. Cuma di Revell, kita akan dapat pulangan pendapatan.
ii) Melakukan pembinaan rangkaian. Berkongsi peluang dengan
orang lain menjadi pengguna bijak seperti anda. Yang penting anda hendaklah
yakin, berusaha dan setia pada peluang ini. Slowly But Surely.
6. Adakah ini skim piramid, plan pemasaran yang orang bawah (downline)
mengkayakan orang atas (upline)?
RevellNetwork tidak
mempromosikan sistem piramid. Jika sistem piramid, orang bawah atau
downline tidak boleh memotong orang atas atau upline. Berbeza dengan Revell,
walaupun anda baru menyertainya, anda sudah boleh memotong upline anda yang
sudah lama menyertai. Asalkan anda kuat berusaha mempromosikan referal link anda
dan ditambah dengan pemasaran secara offline, pendapatan anda boleh melebihi
upline anda. Revell mendapat kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Dlm
Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk menjalankan perniagaan jualan
pemasaran rangkaian.
7. Macamana cara boleh buat duit?
Ada ENAM Sumber Pendapatan Di Dalam Revell :
1) Untung runcit
2) Rangkaian kumpulan
3) Rebet stokis
4) Program kereta
5) Melancong Dalam & Luar Negara
6) GEM Bonus
8. Bagaimana cara untuk menambah pendapatan?
Ada TIGA Langkah Mudah:-
i) Jadi ahli Revell dan guna produk Revell untuk keperluan harian anda
ii) Ceritakan kepada kenalan anda. Cerita apa?
~ Cerita pengalaman dan faedah anda menggunakan produk
~ Ceritakan peluang tambah pendapatan (dengan jadi ahli dan guna
produk Revell antara RM50-80 setiap bulan, sudah layak dapat bonus)
~ Pinjamkan VCD demo produk dan CD pelan pemasaran kepada kenalan anda.
~ Promosikan website RevellNetwork peribadi anda kepada sesiapa sahaja.
iii) Pastikan semua rakan kongsi anda melakukan langkah 1 dan 2
seperti anda juga.
9. Mesti kena ‘mantain’ belian setiap bulan ke?
Sebenarnya tak perlu guna istilah ‘mantain’ belian.
Sebab anda mesti berbelanja setiap bulan. Kalau tidak di Revell, anda akan
membeli di kedai/pasaraya.
Betul tak?
Hanya tukar jenama dan tempat membeli. Cuma bezanya berbelanja di Revell, anda
boleh menjana pendapatan sampingan. Adakah anda pernah ‘mantain’ belian setiap
bulan di kedai/pasaraya sebelum ini? Tidak pernah, bukan?
Anda tetap berbelanja mengikut
keperluan harian anda.
10. Macamana cara nak buat belian?
Sebelum membuat belian, pastikan no. Kod Revell anda yang betul. Setelah membuat
belian, pastikan juga anda menerima resit belian (DOF) daripada stokis dengan
jumlah belian pv yang betul.
Anda boleh buat pembelian di stokis Revell yang berdekatan.
11. Apa itu RevellNetwork dan tujuan ditubuhkan?
Secara ringkasnya, RevellNetwork ialah grop yang ingin mengajak orang ramai
menjadi komuniti pengguna bijak produk2 SYARIKAT REVELLGLOBAL secara online.
Konsep yang ingin dibawa oleh RevellNetwork ialah
mengajak anda menukarkan belian barangan kegunaan harian yang biasa anda beli di
kedai/pasaraya kepada jenama Revell. Untuk apa tukar jenama Revell? Apabila anda
berbelanja menggunakan produk Revell, anda akan
mendapatkan ganjaran dalam bentuk WANG TUNAI (RM) setiap bulan melalui mata
bonus secara perseorangan/secara berkumpulan (rangkaian) dengan memperkenalkan
program ini kepada kenalan anda.
Tujuan ditubuhkan adalah untuk menyediakan website promosi peribadi kepada
setiap ahli. Ini akan memudahkan anda untuk mengajak sesiapa sahaja menyertai
rangkaian Revell anda dengan cara mempromosi secara online (email/iklan).
12. Jika sudah menjadi ahli sah, mestikah saya membeli produk-produk Revell
pada setiap bulan?
Suka
@ tidak, anda wajib berbelanja untuk keperluan harian anda setiap bulan, tidak
kira di mana tempat anda membeli (sama ada di kedai/pasaraya/Revell). Cuma, apa
bentuk ganjaran pulangan yang diberikan daripada pembelian tersebut kepada anda?
Apa yang anda mahukan di sebalik pembelian tersebut?
Beli barang tanpa ganjaran atau beli
barang dapat ganjaran wang?
Anda tidak perlu menyediakan bajet tambahan untuk tujuan ini. Anda masih
menggunakan bajet yang sedia ada. Cuma anda hanya perlu tukar tempat membeli dan
tukar jenama sahaja.
13. Berapakah jumlah saya perlu beli setiap bulan?
Berbelanja mengikut keperluan bulanan anda. Dengan hanya berbelanja antara
RM50-RM80 = 50pv setiap bulan, anda layak terima bonus juga setiap bulan. Ia
mudah untuk dicapai. Sebabnya
50% produk Revell daripada lebih 300 produk menghasilkan RM1=PV1.
14. Bagaimana cara bonus pendapatan saya dihantar?
Apabila anda melakukan belian 50pv (RM50-80) setiap bulan, penyata bonus bulanan
anda akan dihantar melalui pos dalam bentuk
baucer tunai
(bonus kurang RM100) atau dalam bentuk
cek
(bonus lebih RM100)
15. Apakah yang dimaksudkan 'online' dan 'offline'?
'Online' ialah anda boleh mengajak kenalan/prospek anda menjadi ahli dengan cara
menggunakan website peribadi anda (tanpa keluar rumah).
'Offline' ialah anda boleh membeli produk Revell di stokis Revell yang
berhampiran dengan rumah anda. Mengajak kenalan/prospek dengan cara
bercerita/berjumpa dengan mereka.
Maksudnya di sini; sebagai ahli RevellNetwork, anda boleh membeli produk Revell
dan mengajak orang ramai menyertainya dengan menggunakan kedua-dua kaedah di
atas.

|